October 1, 2008

Salam Aidilfitri


Assalamulaikum,

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada pembaca blog yang budiman dan kepada semua yang mengenali diri saya.

Kepada ibu bapa dan keluarga tercinta, rakan-rakan, guru-guru dan kenalan-kenalan, saya ingin memohon maaf atas segala salah dan silap; terlanjur laku dan kata; dan harap dihalalkan segala makan dan minum. Semoga Aidilfitri kali ini memberi sinar baru dalam hidup kita.

Maafkan saya atas segala kesilapan yang terzahir di blog ini, yang mungkin menyinggung perasaan mana-mana pihak. Teruskan menjadi pengunjung setia blog ini kerana sokongan anda membangkitkan lagi semangat saya untuk menulis. **hehe**

Akhir kata,

SALAM AIDILFITRI untuk semua.

Wassalam,
Abdul Haleem Arbi
The Pennsylvania State University

No comments: