January 14, 2009

Hari ini..

Hari ini kelas aku bermula pukul 11.15 pagi. Jadi selaku pelajar yang penuh wibawa, aku bangun dan bersiap-siap seawal jam 9.15 pagi (awal ke?)

Hari ini aku ada 3 kelas berturut-turut, dari pukul 11.15 pagi sampai pukul 3.45 petang.

Hari ini aku menghadiri kelas 'Marine Geology (and Geophysics)' pada pukul 11.15 pagi, kelas 'Earth History' pada pukul 1 petang dan akhir sekali kelas 'Oil: International Evolution' pada pukul 2.30 petang.

Hari ini
aku belajar satu kaedah unik pembelajaran dalam kelas. Memandangkan profesor untuk kelas 'Earth History' tidak hadir, kami belajar secara maya, yakni profesor terbabit telah merakam sedia dirinya sendiri untuk ditayangkan kepada kami pada hari ini. Hasilnya, semua pelajar menumpukan perhatian pada rakaman video profesor tersebut. Menarik bukan?

Hari ini adalah hari pertama aku diajar oleh profesor yang berasal dari benua Afrika. Jenuh otakku mentafsirkan segala pengucapannya. (Maafkan aku wahai profesor)

Hari ini aku menghadiri kelas 'Oil: International Evolution' (kelas profesor Afrika tersebut) dengan harapan agar aku bertambah minat dengan subjek berkenaan minyak, namun kegagalan profesor tersebut untuk menepis kebosanan dalam diriku membuatkan aku cukup mengantuk semasa sesi pembelajaran. Lantaran, hati aku semakin penasaran untuk menyahdaftarkan (wujudkah perkataan ni??) subjek ini dari daftar kursus aku semester kali ini.

Hari ini, aku balik ke rumah pada pukul 4 petang dalam keadaan perutku berkeroncong minta diisi.

Hari ini juga, aku akan pastikan diriku terpacak di depan peti TV menyaksikan siaran premier American Idol musim ke-8.

Semoga hari esok yang akan ku lalui lebih baik daripada hari ini. InsyaAllah.

Senarai daftar kelas semester Spring 2009:
  • GEOSC 310 : Earth History
  • GEOSC 440 : Marine Geology (and Geophysics)
  • GEOSC 454 : Geology of Oil and Gas
  • SOC 005 : Social Problems
  • EGEE 120 : Oil: International Evolution. (besar kemungkinan akan terkeluar daripada senarai)

4 comments:

Amir Hazwan said...

American Idol musim ke 8 ye hadirinn *angguk angguk*

haleem.arbi said...

melk baru perasan tyme tgk audition..ada tulis 8 kt golden ticket dieorg..malu nya!!! **blushing**

Unknown said...

hari ini, aku ada exam. pengsan woo.

haleem.arbi said...

all the best then!