May 4, 2009

ke mana perginya

seringkali telintas di benakku
ke mana perginya impianku untuk menjadi guru matematik?

guru matematik aku
aku masih ingat
wanita yang begitu sopan tingkahnya
begitu anggun tampaknya
"inilah ciri-ciri isteri idaman," kataku
kami semua menyukainya
kalau aku jadi guru matematik
mungkin aku menjadi kesukaan juga
aku mahukan itu
perhatian dari insan bernama pelajar

*menung durja*

dari matematik, ke ilmu tentang batu
bagai musim salji dgn musim panas bezanya
geologi itu musim salji
banyak kelengkapan perlu ada
tidak cukup dengan 2 lapis baju, 4 lapis pun kadang2 tidak memadai
silap kasut di kaki
terjelupuk la akibatnya
menjadi tertawa mata-mata memandang

matematik itu aku katakan musim panas
yang orang tidak sabar-sabar akan kehadirannya
waktu besuka ria
tidak perlu fikir masalah dan cengkam di dada
kalau panas
carilah kipas
pendingin hawa lagi bagus
lagi cepat hilang panas itu
kalau panas
pakai baju nipis pun tak apa
kadang-kadang tidak berbaju itu lagi syok rasanya
pendek kata
kalau panas solusi nya mudah sahaja

**menung panjang**

tapi inilah lumrah..
lumrah yang bukan kita penulisnya..
kita hanya melakonkan..
penulis dan pengarah..
DIA yang di atas..

kini
aku sedang menghadap buku geologi marin yang 813 muka tebalnya

**menung durja lagi**

berjayakah aku dalam ilmu batu ini?
hanya DIA saja yang tahu
kerana DIA yang menentukan

1 comment:

nono said...

ohh..tuhan itu pasti tahu.
serahkan saja pada Dia ya?