May 8, 2014

Satu Kemenangan

Ini adalah kisah pasal KEMENANGAN. Suatu malam yang dingin kerana hujan lebat, Awang Jali (bukan nama sebenar) keluar daripada apartmen beliau dan mendapati lif baru sahaja berlepas meninggalkan tingkat di mana beliau berada. Oleh kerana bimbang Dayang Melati (juga bukan nama sebenar) menunggu lama dalam hujan (bukan la dia berhujanan, dia pastinya menunggu di rumah, sedang menonton buletin awani barangkali, sambil menikmati teh panas dek kesejukan malam, ataupun sup ayam masakan ibu beliau), Awang terus sahaja menuruni anak tangga ke aras paling bawah. Sebelum terlupa, apartmen Awang ni letaknya di tingkat 22. Ya, dua puluh dua. Lif ketika itu berada di tingkat 17. Sempat si Awang ni menyumpah seranah dalam hati beliau dek tertinggal peluang untuk turun menggunakan lif tersebut. Okey, itu tidak penting.

Makanya si Awang gigih bebenor menuruni satu persatu anak cucu cicit tangga tangga yang dia sendiri tidak terfikir untuk mengira berapa banyak semuanya, kerana di fikiran beliau cumalah nasib si tunangnya (sudah tentu la Cik Dayang "putih putih" Melati "merah merah delima") yang mungkin dibelenggu penantian yang penuh penyiksaan. Dari tingkat 22, beliau turun ke tingkat 17, sempat Awang mengintai untuk mengetahui kedudukan lif ketika itu. Tingkat 12. Oh, beliau cuma 5 tingkat di belakang (ke, di atas?) lif. Derup langkah Awang semakin deras, tanpa sedar beliau kini di tingkat 10. Diintainya lagi kedudukan lif, di tingkat 7 ketika itu. Boleh dikatakan halaju Awang menguasai halaju lif seliaan AM Advanced Elevator itu. Semangat beliau makin membara, Awang sudah berpijak di tingkat 3, lif pula di tingkat 2. Ketika itu, adalah seorang kakak juga menuruni tangga di hadapan Awang. "Minah ni melambatkan perjalanan aku je," desus beliau dalam hati. Sungguhpun halaju Awang diperlahankan oleh kakak itu, akhirnya Awang sampai juga di aras tanah, dan tanpa diduga lif menyusul 3 saat kemudian. Tiada lain di fikiran Awang ketika itu melainkan KEMENANGAN. Awang dengan machonya mengukir senyuman sambil terus berjalan menuju ke kenderaan beliau. 

Nota kaki: Mengapa Awang tidak memilih untuk menunggu sahaja lif itu turun ke bawah dan naik semula ke tingkat 22? Jawapannya mudah, hanya satu sahaja lif yang berfungsi daripada yang sepatutnya dua. Dan satu satunya lif ini juga ada tabiat buruk yang mana, setiap kali beliau hendak berhenti di satu satu tingkat, beliau akan tekan brek dua tingkat sebelum tiba ke tingkat yang ditujui, perlahankan halaju beliau sebelum membuka pintu, dan ini dalam perkiraan Awang, mengambil masa kurang lebih 20 saat. Bayangkan kalau lif terpaksa berhenti 10 kali sebelum sampai ke bawah dan 10 kali lagi sebelum tiba semula ke tingkat 22. Buat lah pengiraan ya. Tak lupa juga lif tersebut tiada pengudaraan, lif yang sarat dengan muatan pelbagai bangsa dan budaya pastinya merembeskan bau bauan yang tidak menyenangkan. Peluh bujang Awang pasti berbintat bintat di dahi, yang lama kelamaan membasahkan ruang antara bahu dan lengan beliau menyebabkan berlakunya fenomena yang dinamakan ketibas. Awang yang sudah berwangi wangian pastinya tidak mahu semua ini.

January 23, 2014

Nombor duak

Yahh.. Baruk jak reactivate blogspot alu ada 2 igek post aku lam sehari. Bukan apa, aku tek bok discover ada apple app for blogger. Apa gik aku alu trus download app tok tek so aku leh blogging on the go via iphone/ipad. Kelasss sik? Aieh tauk bah aku tok ketinggalan. Hahaha..

Anyways, ritok tek slow juak d opis koh. Molah project cam biasa tapi harus fokus aku mudah lari mun lekak lunch ya. Ngembak mata ngantok lagik. Adehh, yalah tek lalu ngupdate blog. Apakah? Haha.. Maka aku dah dibayangi kemeriahan jumpa kawan aku lekak keja tok. Apa tek kmkorg plan nak swimming rah mariott pavi, kak ya malam ikit nak shopping d downtown mines. Yahh, sik lari fokus kau tek? Hahaha.. Lagipun esok Jemat dah bah. Give me a break! *ehh apa kaitan?
Hahaha...!!

Bah, nyambong keja lok aku. Kelak kita bersusey gik.

Peace!!

2014. perlu ka sik?

yahh dah mok masok 3 tahun since last post aku dlm blog tok. hmmphh
perlu ka tahun 2014 menjadi tahun aku come back ke dunia blogging?
probably this time around aku bersusey lam bhsa swk? lelah juak aku klakar omputeh lamak tok, bukan jak lidah bebelit, nak naip d keyboard pun dah keruk jari aku koh.
so giney oh? perlu ka sik?

March 23, 2011

Misha Omar - Berlalu

laman riuh tak membelah sunyi
di keramaian masih kesepian
kaku berdiri langkah hilang arah

kamit bibir ku sebut namamu
himpitan kerinduan mencengkam tubuhku
edaran masa tak mengubat duka

berlalu saat indahku
bersamamamu bahagia pergi
tersiksa siang malamku
di kala cinta berakhir sudah

celah rekah ku intai cahaya
mengharap sinaran yang membebas jiwa
hanya bayangmu mengundang pilu

berlalu saat indahku
bersamamu bahagia pergi
tersiksa siang malamku
di kala cinta berakhir sudah

laman riuh tak membelah sunyi
di keramaian namun masih kesepian

March 16, 2011

58 days to graduation

why is it so hard for me to update my blog nowadays?
why?
idk the answer.
it might be because i'm on twitter where i could tweet anything and keep them short and simple.

ciao